SOLAT JUMAAT PERTAMA MASJID KOLEJ SOFA LONDON




SOLAT JUMAAT PERTAMA MASJID KOLEJ SOFA LONDON

As-Sofa terus melakarkan sejarah baru buat Islam terutamanya sebagai bangsa dan komuniti Malayu. Ini kerana buat pertama kalinya solat Jumaat akan dilangsungkan di Masjid yang ditubuhkan oleh orang melayu pertama di kota London. Ini merupakan satu perkembangan baik bagi umat Melayu-Islam di kota tersebut.

Selepas 100 tahun (1338H-1438H) bermulanya kehadiran orang melayu di United Kingdom maka As-Sofa melangkah ke hadapan dengan memikul tanggungjawab menyediakan Masjid Kolej Sofa London demi kepentingan dan kemudahan masyarakat melayu di United Kingdom bagi memastikan mereka dapat menunaikan ibadah dan menuntut ilmu agama selaras dengan resam adat melayu nusantara.

Salah satu keutamaan dan program yang akan dijalankan adalah solat Jumaat, kerana solat Jumaat ini akan mengumpulkan komuniti Malayu Nusantara dalam satu kawasan khusus serta khutbahnya di dalam bahasa ibunda. Masjid Kolej Sofa London yang boleh menampung sebanyak 200 jemaah dalam satu masa ini akan menjadi tempat perkumpulan komuniti melayu terbesar di benua Eropah. Sekaligus, ianya akan dapat menjadi tempat penyatuan pemikiran, aqidah, mazhab dan lain lain lagi.

Semoga anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.







SOLAT JUMAAT PERTAMA MASJID KOLEJ SOFA LONDON:
Tarikh: 18 November 2016 (Jumaat)
Masa: 12.30 pm (khutbah bermula)


Alamat dan cara ke sana:

Masjid Kolej Sofa London
1 Bradford Road London, W3 7SP

Shepherd's Bush Tube Station:
Bus 207 (stop C) to east Acton Lane (VN)

North Acton Tube Station:
Bus 266 (stop X) to east Acton Lane (VR)


Pegawai untuk dihubungi:

Ustaz Mohd Zaki Ismail
Ketua Pegawai Operasi Sofa Education UK
Tel.: +44 7792 775259

En. Adam Ahmad Munir Lane
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sofa London
Tel.: +44 7576 154657
Previous
Next Post »