SIMPANAN EMAS MELINDUNGI HARTA



Simpanan emas boleh melindungi harta anda daripada susut nilai. Wang fiat atau "duit kertas" adalah duit yang akan sentiasa berkurangan nilainya kerana dimamah inflasi. Hal ini dirasai dan dialami oleh semua orang secara pasti. Saya masih ingat lagi, lebih kurang 20 tahun lepas ketika di sekolah rendah, saya boleh beli air bungkus pada harga RM0.20 sahaja. Sekarang, harga air bungkus sudah menjadi RM1.00 sekurang-kurangnya. Nilai duit sudah berkurangan. Itu baru contoh air bungkus, belum lagi contoh pada benda-benda yang lebih besar seperti tanah, rumah, kereta, dan lain-lain.

Oleh sebab itu, jika anda menyimpan wang fiat, anda akan sentiasa kerugian. Dengan menyimpan wang itu sendiri, nilai wang anda dihakis sedikit demi sedikit melalui inflasi. Jika anda menyimpan di bank pula, wang anda dihakis melalui inflasi dan caj-caj bank yang dikenakan setiap kali anda melakukan transaksi. Jika pada hari ini anda menyimpan RM300,000 yang nilainya boleh digunakan untuk membeli sebuah rumah kos sederhana, berkemungkinan besar dalam masa 10 tahun lagi wang RM300,000 itu hanya mampu membeli rumah kos rendah.

Berbeza halnya dengan emas. Emas adalah logam bernilai dengan sendirinya, emas ada nilai intrinsik. Harga emas akan sentiasa naik daripada tahun ke tahun. Emas tidak pernah murah, emas sentiasa mahal. Benar, kadang-kala harga emas ada turun naiknya tetapi dalam jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik.

Untuk membuat contoh keuntungan menyimpan emas; jika pada hari ini anda mempunyai 50gram emas, anda boleh menggunakannya untuk pergi mengerjakan haji. Dalam masa lebih kurang 5 tahun daripada sekarang (melihat kepada trend semasa dan jangkaan ahli ekonomi), anda cuma perlukan 20gram emas sahaja untuk pergi mengerjakan haji. Bermakna semakin lama anda menyimpan emas, semakin bertambah nilai harta anda.

Jom Simpan Emas.

Naim Zulkipli, Ampang


-----
Tahukah anda sekarang ada cara untuk anda mula menyimpan dan membeli emas dengan serendah RM10 sahaja! Anda juga boleh membuat pelaburan emas dengan mendapatkan leverage 10x. Untuk info lanjut hubungi saya: 019-8285019
Previous
Next Post »