BENGKEL PENULISAN KERTAS KERJA PROFESIONAL

Pada 29 Oktober 2016 yang lepas, saya telah mengadakan Bengkel Penulisan Kertas Kerja Profesional Siri ke-2, khusus untuk para pelajar institusi pengajian tinggi. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah bagi memberikan latihan praktikal kepada para peserta akan kaedah serta tips-tips untuk menghasilkan kertas kerja yang berkualiti dari segi persembahan dan kandungannya.

Melalui bengkel ini, para peserta diajar satu-persatu bagaimana untuk menghasilkan kertas kerja yang baik agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka sebagai pelajar dan juga apabila mereka masuk ke alam pekerjaan kelak. Di samping penghasilan kertas kerja, para peserta juga diajar tentang penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat.

Bengkel ini diadakan dengan melihat kepada realiti semasa di mana ramai dalam kalangan anak muda yang tidak berkemahiran dalam menghasilkan kertas kerja yang serius dan berkualiti, yang seringkali menyebabkan aktiviti serta program-program yang hendak dijalankan kurang mendapat sambutan daripada penaja.






Naim Zulkipli, Ampang
019-8285019
Previous
Next Post »