Kemasukan Ke Kolej Islam As-Sofa Terus Dibuka

Kolej Islam As-Sofa terus membuka peluang untuk para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. Bagi sesiapa yang masih mencari tempat untuk menyambung pengajian, atau sedang berkira-kira untuk menukar bidang dan terjun ke bidang pendidikan yang terbaik, maka inilah peluang yang terbaik. Sila baca selanjutnya.



Kolej Islam As-Sofa kini sudah menawarkan empat program di peringkat diploma:
  • Diploma Syariah Islamiyyah
  • Diploma Usuluddin
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
  • Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat
Semua program ini sudah mendapat pengiktirafan MQA. Menariknya, Kolej Islam As-Sofa juga diiktiraf Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang bermakna graduan Kolej Islam As-Sofa boleh memohon kerja di sektor awam jika mereka berminat.

Apakah kelebihan belajar di Kolej Islam As-Sofa?

Soalan yang sudah pasti ramai yang akan bertanya: apakah kelebihan belajar di Kolej Islam As-Sofa berbanding tempat lain? Ini jawapannya:
  • Peluang menimba pengalaman melalui program peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Bertemu dengan para ulama' daripada seluruh dunia Islam.
  • Bertalaqqi dan mengkhatamkan kitab-kitab turath seperti Sunan Sittah, Muwatta' Imam Malik, al Syifa' Qadhi Iyadh, Syamail al Nabi, dan sebagainya.
  • Peluang untuk menyambung pengajian ke luar negara, khususnya ke universiti-universiti yang terhebat di dunia seperti Universiti Qurawiyyin di Maghribi dan Universiti Zaytuna di Tunisia.
  • Pelajar akan bertadarus Al Qur'an setiap hari satu juzu' -- dan di setiap bulan akan diadakan majlis pengkhataman Al Qur'an.
  • Pengerusi Kolej Islam As-Sofa adalah seorang ulama' bertaraf dunia (Tokoh Ulama' Dunia Islam 2014 - Rabitah al Syurafa' Maghribi).
  • Pengerusi Kolej Islam As-Sofa (Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin) juga adalah merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Akidah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Fatwa MAINS.
  • Graduan KIS mempunyai masa depan yang cerah kerana SEG & YSNS (badan yang menaungi KIS) diiktiraf oleh majlis-majlis agama Islam negeri, di samping jaringan KIS yang meluas dengan para ulama' daripada pelbagai negara merangkumi Maghribi, Tunisia, Sudan, Afrika Selatan, Madinah, Makkah, United Kingdom, Singapura, Indonesia, UAE, dan lain-lain.
  • Dan banyak lagi kelebihan lain.
Apa syarat kemasukan ke KIS?

Syarat kemasukannya mudah sahaja; cukup dengan 3 kredit dan lulus salah satu subjek pendidikan Islam (atau lulus Matematik untuk jurusan Kewangan & Perbankan Islam), maka anda sudah layak untuk masuk ke KIS dan memulakan kehidupan baru sebagai ahli keluarga KIS.

Anda boleh membaca lagi tentang program yang ditawarkan, syarat kemasukan serta yuran-yurannya di laman sesawang rasmi KIS di alamat www.kolejislam.edu.my.

Ayuh sambung pengajian di Kolej Islam As-Sofa!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh hubungi KIS di talian 03-42664408 atau hantar sahaja mesej WhatsApp ke nombor 011-35668051.
Previous
Next Post »