Sudah-sudahlah tu Wahai BAM

Sumber gambar: Utusan Online


Sebentar tadi saya terbaca berita tentang penajaan baru untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjumlah RM24 juta daripada Celcom. Sayangnya, wang yang sebanyak itu disalurkan ke tempat yang tidak betul. Sehingga ke hari ini, BAM yang diterajui oleh kepala-kepala politikus masih belum mampu menunjukkan apa-apa hasil. Kepala politikus dalam BAM (mahupun dalam mana-mana badan "rasmi" sukan di negara ini) tidak mempunyai kemahiran dan kepandaian yang betul untuk menguruskan sukan. Oleh sebab itulah negara kita ketinggalan dalam bidang sukan, kerana yang menerajui sukan adalah politikus yang hanya mementingkan ego mereka sendiri, yang hanya mengejar kemasyhuran peribadi.

Let's face the fact: BAM gagal! Kenapa saya berkata begitu? Kerana sehingga hari ini BAM masih belum mampu menghasilkan seorang juara. Dato' Lee Chong Wei - jangan lupa - adalah hasil daripada Nusa Mahsuri, bukan BAM! Dato' LCW adalah anak murid Misbun Sidek. Beliau sudah hebat dan sudah menjadi juara semenjak di bawah bimbingan Misbun Sidek, sebelum beliau "dirampas" dan "dipisahkan" dengan guru beliau secara paksa oleh BAM. Seorang lagi yang pernah menjadi juara All England selepas Dato' LCW adalah Hafiz Hashim - dan beliau juga adalah "produk" Nusa Mahsuri. Siapa yang BAM lahirkan?

Sudah-sudahlah tu BAM. Para politikus yang menerajui badan-badan sukan, buanglah jauh-jauh ego tersebut. Tidak terhina manusia jika mengaku silap, tidak terhina manusia jika mengaku tidak pandai.
Previous
Next Post »