Homestay Cikgu Ruby di Muar

Sesiapa yang berkunjung ke Muar atau kawasan berdekatan, saya akan syorkan untuk menginap di Homestay Cikgu Ruby, khususnya bagi mereka yang berkenderaan sendiri. Saya menginap di homestay ini bersama rombongan seramai 15 orang (8 lelaki + 7 perempuan), dan keselesaan homestay ini serta layanan istimewa yang diberikan oleh Makcik Atim yang menjaga homestay ini membuatkan saya tergerak untuk mewar-warkan tentang homestay ini di alam maya.

Homestay ini terletak di kawasan Rawang. Rawang di Muar ya, bukan Rawang di Selangor. Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan kawasan Muar, boleh menggunakan Waze dan cari sahaja Masjid Jamek Pantai Layang. Homestay ini terletak di kawasan belakang masjid ini. Lokasi homestay ini cukup baik. Terletak di dalam kawasan kampung yang tenang dan aman daripada bunyi bising kenderaan dan sebagainya, tetapi cuma 5-10 minit pemanduan ke bandar Muar.

Cikgu Ruby mempunyai beberapa unit rumah. Kami menggunakan 2 rumah yang paling hujung. Ternyata selesa. Walaupun rumah yang di hujung sekali ini mempunyai 2 bilik tidur sahaja, tetapi saiz bilik, saiz ruang tamu dan saiz dapurnya sangat luas. Setakat 10-15 orang menginap di satu rumah ini memang muat sangat. Nak tidur selesa, nak berbincang selesa, nak memasak selesa, dan makan beramai-ramai pun selesa. Sila lihat gambar-gambar di bawah.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada Makcik Atim yang menjaga rumah ini kerana tanpa diminta, beliau menyediakan sarapan pagi dan makan malam untuk kami setiap hari! Kami pula yang naik segan.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk menyewa penginapan di Homestay Cikgu Ruby ini, bolehlah terus sahaja menghubungi Cikgu Ruby di talian: 013-2401646. Kalau kami ke Muar lagi, memang pasti lah Homestay Cikgu Ruby akan menjadi pilihan!

Homestay di hadapan sekali yang paling cantik.

Ruang parking di hadapan homestay cukup luas.

Ini homestay yang kami duduki.
Ruang tamu yang sangat luas, dilengkapi televisyen.

Ruang lapang di hadapan pintu masuk utama.

Set sofa pun ada.

Bilik tidur, satu katil tetapi ruang sangat luas.

Bilik tidur lagi satu, sama saiz seperti bilik tidur pertama.

Ruang dapur yang luas, boleh gotong-royong memasak.

Ruang dapur, boleh dijadikan ruang makan beramai-ramai.

Previous
Next Post »