Ringgit Jatuh Lagi, Apa Nak Buat?

Nilai ringgit Malaysia (MYR) berbanding dolar Amerika (USD) jatuh lagi. Jika beberapa ketika dahulu para "penganalisis" dengan penuh yakinnya menjamin bahawa nilai MYR tidak akan jatuh sehingga 4.00, malam ini - 25 Ogos 2015 - nilainya sudah mencecah 4.21350. Ya, mungkin ramai yang sudah semakin resah. Tidak kurang juga yang marah, kecewa dan tidak berpuas hati dengan kejatuhan nilai MYR ini.



Namun, salah satu hal yang perlu kita semua terima, adalah bahawa nilai matawang bukanlah sesuatu yang berada di dalam kawalan kita. Justeru, kita hanya akan membazirkan masa dan tenaga jika kita sibuk mencaci, mengkritik dan memarahi kerajaan atau pihak-pihak berkaitan dalam isu kejatuhan nilai MYR ini. Harga barang tetap akan naik, bebanan kos kehidupan kita tetap akan bertambah.


Maka, daripada kita menghabiskan masa dan tenaga kita untuk memarahi dan mencaci pihak-pihak tertentu, adalah jauh lebih baik kita memfokuskan masa dan tenaga kita untuk mencari jalan keluar. Dalam menghadapi bebanan kos kehidupan yang semakin meningkat, ditambah dengan bebanan hutang, gaji seorang pekerja biasa pastinya tidak mencukupi khususnya bagi yang sudah berkeluarga. Oleh sebab itu, kita perlu mencari sumber pendapatan yang kedua. Dalam erti kata lain, kita perlu berniaga untuk mendapatkan sumber pendapatan alternatif demi menampung kos hidup yang tinggi.

Apabila bercakap tentang perniagaan, walaupun ramai yang tahu bahawa berniaga adalah punca rezeki yang besar, tetapi tidak ramai yang berani melibatkan diri dalam perniagaan. Mungkin kerana, ramai yang tidak tahu atau tidak faham bahawa untuk berniaga tidak semestinya memerlukan modal yang besar. Untuk berniaga juga tidak semestinya kita perlu mencipta atau menghasilkan produk sendiri. Untuk berniaga juga tidak semestinya kita perlu memiliki pejabat atau kedai sendiri. Ada banyak cara untuk berniaga dengan cara yang mudah dan tanpa modal yang besar.

Kesimpulannya, dalam menghadapi bebanan kewangan yang semakin meningkat, ambil langkah proaktif dan berniagalah untuk mencapai kebebasan kewangan.
Previous
Next Post »