TIPS MENYIMPAN DUIT


Satu kisah yang saya jumpa di dalam Facebook. Kisah yang menarik dan boleh dijadikan panduan berguna buat kita semua.

*****

Pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yang tiba-tiba ada di hadapan saya lalu berkata, “Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila-bila?”. Saya pantas menjawab, “Nak.. nak…”. Lalu orang tua itu meminta saya mengeluarkan dompet wang saya. Dalam fikiran saya mula mengesyaki yang orang tua ini mempunyai niat yang tidak baik tetapi dalam masa yang sama saya cuba memenuhi permintaan orang tua itu.

Orang tua itu tersenyum, seolah-olah dia tahu apa yang ada dalam fikiran saya lalu berkata, “Jangan bimbang, pakcik tidak berniat jahat.”

Apabila melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya jumlah duit yang ada. Hati saya berkata lagi, “Apakah maksud sebenar orang tua ini?”. Saya jawab, “Saya ni gadis miskin pakcik, mana ada duit yang banyak. Dalam ni cuma ada RM10 sahaja, cukup untuk tambang balik dan makan saya hari ini.”

Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% daripada RM10 tadi, bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 itu dan menyelitkannya di celah-celah dompet saya.

Itulah rahsia yang pakcik itu sampaikan, “InsyaAllah jika Cik amalkan ini sampai bila-bila Cik tidak akan papa kedana.”

Maha Suci Allah! Saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akan mengambil 20% daripada wang yang ada, melipat dan menyelitkannya di dalam dompet. Setiap bulan apabila saya keluarkan bukan ratus tersimpan malah ribuan ada di dalam selitan dompet saya. Setelah itu saya ambil dan simpan di dalam akaun simpanan di bank.

Sungguh banyak membantu, kerana kadang-kadang duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan. Silakan mencuba, pasti anda akan mengetahui rahsia dan nikmatnya.
Previous
Next Post »