Isu Fatwa - Isu Adab


Selasa lepas (8 Mei 2012), saya merakam satu nota pendek melalui Twitter yang diterbitkan di dinding Facebook saya. Nota itu menerima beberapa komen yang sihat. Saya rakaman ‘perbincangan’ itu di sini;

Saya: Orang awam – JANGAN biadap mempertikai atau menghina Majlis Fatwa – walaupun fatwa mereka kamu tidak gemari!

Rakan F: Bila Ilmu dan adab semakin parah memabarah menjadi masalah akar ..maka hilanglah akal

Rakan C: yg orang awam perlu jelas ialah pandangan Majlis Fatwa masih lg dikira sebagai pandangan dan bukan fatwa selagi belum digazetkan menjadi fatwa oleh majlis agama negeri.

Rakan A: yup. siapa kita yg kurang berilmu nak pertikaikan org yg pakar dlm bidangnya.

Saya: yang perlu orang awam faham adalah: ikut sahaja pandangan jumhur ulama.

Rakan Z: bila fatwa xselari dgn nafsu begitula jdnya... selective...

Rakan C: org awam juga perlu jelas ia merupakan Majlis Muzakarah Majlis Fatwa, jadi pelbagai isu umat yang mereka perbincangkan. Kita perlu peka juga apa hasil resolusi yang lain, yang kadang2 lebih signifikan dan penting yang orang awam perlu tahu dan nak tahu. Tidak boleh juga terikut2 media yg hanya 'highlight' isu apa yang mereka rasa penting untuk mereka shj, yg kadangkala tujuan asalnya lari dari niat mendidik umat. Bila ada yang mempersoal, maka ada kekeliruan dan perbedaan pandangan di situ, maka perlu difahamkan dengan jelas tanpa apa2 sentimen supaya institusi Majlis Fatwa terus dihormati dan dipelihara. Dan peranan kita, kita harus mendidik orang awam utk terus celik ilmu, celik hukum, celik hak, celik isu. Wallahu'alam, tkasih akhie Naim dpt tulis atas dinding anta.

Rakan Z: isu disini adalah menghina caci cerca institusi agama ini... sbb? xsama dgn pendapat sendiri...

Saya: tidak ada masalah. isu di sini bukan tentang fatwa apa atau tentang keutamaan fatwa, jauh sekali tentang keterikutan dengan media. isu di sini adalah tentang sikap masyarakat terhadap institusi agama dan ahli ilmu.

Saya: posting ini bukan merujuk kepada respon masyarakat terhadap keputusan majlis fatwa yang terkini sahaja, tetapi sikap masyarakat yang ditunjukkan secara konsisten dalam keputusan2 majlis fatwa yang sebelum ini. wujud satu "trend" - yang sangat asing dalam tradisi Islam - pada hari ini untuk orang ramai merasakan bahawa semua orang boleh bercakap tentang agama; seolah-olah sudah tidak wujud maratib kemuliaan dan keutamaan antara ahli ilmu dan masyarakat awam.

Rakan C: ya setuju, mmg semua tak ada autoriti utk bercakap ttg agama, jd sebagai jurubicara umat, kita kena rasakan denyut nadi rakyat yg kini sudah berminat dgn agama, rasa ingin tahu dan mendapat kejelasan tanpa ragu itu tinggi berbanding trend sebelum ini yang tak ambil kisah dan tak ambil peduli. Kita perlu raikan suasana ini dengan berikan pencerahan sewajarnya pd umat, terangkan yg susah spy jd mudah, yg kabur jd jelas. Jika ahli ilmu buat tugas2 ini, masyaAllah umat kita selain patuh dan taat membuta, akan patut dan taat dengan penuh kefahaman dan penghayatan.

Rakan C: *mmg semua tak ada=mmg tak semua ada

Rakan M: kalau org awam boleh pertikai muzakarah fatwa.. apalah sangat org awam pertikai mana2 syura.. sebab kedua duanya adalah badan autoriti.. huhu..

Rakan F: Sebab itu pada hemat saya yang paling utama Gerakan Dakwah ialah memberi kesedaran ilmu dan pendidikan adab. Inilah yang saya faham paling utama sepanjang saya dalam tarbiyah jemaah. Pimpinan harus sedar mereka bukanlah ahli politik. Mereka adalah dae`i yang mulia. Gerakan Dakwah kena berada dalam landasan ilmu. Pimpinan Gerakan Dakwah kena lebih tinggi daripada badan politik. Tak perlu buat komentar sama taraf dengan orang politik. Eloklah gerakan dakwah ambil pendekatan menyatupadukan umat Islam. Pesan Dr Yusuf Al-Qardhawi. Tindakan melaknat seseorang , walaupun mereka adalah orang durhaka dan menyimpang , tidak akan membuat mereka menjadi lebih baik atau mendekatkan mereka kepada kebajikan tetapi bahkan dapat lebih menjauhkan mereka daripadanya. Adalah utama bersikap negatif seperti itu, Anda mendatangi saudara anda yang telah berdosa itu agar jangan sampai ia lebih lama lagi menjadi mangsa syaitan. Telah berkata seorang bijak bistari. Daripada mengutuk kegelapan nyalakanlah sebatang lilin untuk menerangi jalan. Di petik daripada ; Islam Ekstrem :Analisis dan pemecahannya - Dr Yusuf Qardawi . Saya sangat setuju dengan pandangan Rakan C "Dan peranan kita, kita harus mendidik orang awam utk terus celik ilmu, celik hukum, celik hak, celik isu. " Alangkah indahnya peranan ini dapat dimainkan dengan utama. Bukan membuat persoalan yang memeningkan rakyat .

Rakan Y: sbb..yg berfatwa itu mereka berautoriti..mereka sudah menguasai ulum2 syariat...usul fiqh..metod fatwa....nasikh mansukh...ilmu alat dan sebagainya....

Rakan W: Boleh jelaskan agaknya siapa biadap,siapa keliru,siapa yang ingin penjelasan?agak tidak adil mengkelaskan secara umum 'orang awam biadap.'

Rakan H: yang mengkritik pun kena dengan ilmu vs yang menyokong fatwa pun kena dengan ilmu

Alhamdulillah, diskusi di atas berlangsung dengan baik; tidak seperti diskusi isu-isu sebegini di laman-laman yang lain yang seringkali dipenuhi dengan kata caci dan hina.

Apapun, tujuan saya menulis nota pendek yang memulakan diskusi di atas – bukanlah sebagai respon ad-hoc kepada suasana yang berlegar di sekitar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghukum ‘haram’ kepada perhimpunan-perhimpunan yang membawa mudarat – khususnya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0. Akan tetapi, nota tersebut – walaupun memang dikeluarkan selepas melihat dan membaca respon orang ramai terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan – mengambil kira sikap dan respon orang ramai terhadap institusi autoriti agama dalam hal-hal yang lain sebelum ini.

Memang kita tidak menafikan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh membuat silap – itu semua orang tahu. Namun, bukan tanggungjawab dan bukan tugas serta bukan hak (diulangi: bukan hak) orang awam untuk menilai dan menghukum pihak autoriti agama. Tugas tersebut adalah tanggungjawab para ‘ulama – yakni orang yang berilmu. Orang awam bukan ahli dalam disiplin ilmu agama.

Dalam Islam – kedudukan kemuliaan dan keutamaan setiap orang itu berbeza. Perbezaan itu bukanlah dari aspek rupa atau material, tetapi dari aspek iman dan ilmu. Justeru, seseorang yang berilmu pengetahuan itu kedudukannya jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak berilmu pengetahuan. Maka, adalah merupakan satu kebiadaban bagi orang yang rendah kedudukannya untuk menghina, mencerca dan memperlekeh orang yang lebih tinggi kedudukannya – bukan di sisi manusia semata-mata tetapi di sisi Tuhan Yang Maha Berilmu.

Hal inilah yang menyebabkan masyarakat Islam pada hari ini tidak mempunyai kekuatan yang boleh dibanggakan dan boleh dijadikan sebagai ikutan masyarakat dunia – sepertimana sepatutnya. Masyarakat pada hari ini sudah tidak beradab dengan ahli ilmu. Malah, masyarakat hari ini seolah-olah menjadikan kerangka politik yang mereka ‘anuti’ itu sebagai penentu antara hak dan batil – dan bukannya ilmu. Oleh sebab itulah apabila ada sahaja ahli ilmu yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pegangan dan pendirian parti politik mereka, maka ahli ilmu itu akan dihina, dicerca dan diherdik. Sungguh biadab!

Permasalahan adab dan ilmu inilah yang merupakan “kunci” yang utama bagi membaiki keadaan umat – bukannya politik.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
'Aini
admin
3:44 pm ×

Saya setuju.

Congrats bro 'Aini you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar