Selasa, 27 September 2011 – Dengan Rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala, Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh gilang gemilang di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Penyerahan Sijil Pelawaan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamad Khalid Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang telah menyerahkan replika Sijil Pelawaan tersebut kepada Yang Berbahagia Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki selaku Pengerusi Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis itu dan berkenan mengizinkan penggunaan Istana Seri Menanti. Turut menyaksikan adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan.