Thursday, 19 May 2011

Program Pengukuhan Ilmu

Tuesday, 17 May 2011

Program Persediaan Ke IPT 2011 (Sarawak)


Kepada semua remaja Islam Sarawak, khususnya sekitar kawasan Kuching, lepasan SPM, STPM, STAM dan sebagainya - sama ada anda telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ataupun belum - anda dijemput menghadiri program ini untuk menimba pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan. InsyaAllah akan ada sesi perkongsian ilmu oleh Yang Berbahagia Dr. Mohd. Farid bin Mohd. Shahran, Timbalan Dekan Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sila hubungi 019-8212606 (Shamsiah) dengan segera!

Monday, 9 May 2011

NGO Islam: Kristian agresif ancam Muslim Malaysia


Oleh Shazwan Mustafa Kamal

May 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Mei – Islam di Malaysia berhadapan dengan ancaman ekoran sikap agresif komuniti Kristian yang mahu bertekad menarik Muslim yang tidak kukuh akidah menganut agama itu, dakwa beberapa kumpulan Islam hari ini.
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendakwa masyarakat Kristian sedang menyusun perancangan terperinci untuk memastikan lebih ramai Muslim meninggalkan kepercayaan mereka, tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Wednesday, 4 May 2011

Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin (golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”

NOTA: Golongan Salafi (Salafiyyin) yang disebutkan di sini merujuk kepada golongan Salafi-Wahabi, yakni golongan yang sering mendakwa mereka berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah serta merujuk kepada golongan salafussoleh, tetapi pada hakikatnya mereka sangat tidak beradab dengan ilmu dan ahli ilmu sehingga menyebabkan mereka berada dalam kekeliruan dan kebingungan yang amat. Hakikatnya ilmu bukan disampaikan melalui lembaran-lembaran kertas, tetapi ilmu tersebar melalui riwayat, disampaikan daripada dada-dada para 'ulama.

Artikel di bawah diambil daripada blog Al-Ashairah [di sini].


TERJEMAHAN BERITA

Kaherah - Al-Hayah
Selasa, 5 April 2011

Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib menyifatkan golongan Salafi (Salafiyyin) sebagai “Khawarij Masa Kini”. Dalam masa yang sama, beliau memberi amaran bahaya tentang wujudnya “rancangan untuk mengubah pemikiran dan manhaj Al-Azhar yang pertengahan dan sederhana yang telah dipelihara oleh Al-Azhar lebih daripada seribu tahun.


Tuesday, 3 May 2011

Melayu Boleh Bersatu?

Sumber: Berita Harian


Ku Li yakin Melayu boleh bersatu
Oleh Nahar Tajri

2011/05/03

Ahli Parlimen Gua Musang percaya perpaduan tercapai jika kedudukan tergugat

ALOR SETAR: Penyatuan secara menyeluruh orang Melayu yang kelihatan agak sukar berikutan perbezaan fahaman politik ketika ini boleh berlaku jika ada isu besar yang menggugat kedudukan mereka, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah.

Katanya, beliau yakin orang Melayu boleh bersatu tetapi mesti ada sebab serta isu yang sesuai dan ia tidak harus lahir atas dasar konflik dengan kaum lain, tetapi lebih kepada jati diri mereka sendiri.


Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa ruang dan peluang serta potensi untuk orang Melayu itu bersatu ada. Cuma, persoalan sekarang ini, apakah perlu kita menunggu sehingga ada isu besar yang melanda? Apakah orang Melayu hanya akan sedar apabila sudah "dijajah" dan "ditarah"?

Sunday, 1 May 2011

Seminar Memperingati Ketokohan Sayyidah Khadijah al-Kubro

Jibril 'alayhissalam berkata (yang bermaksud): "Wahai Muhammad! Khadijah telah datang kepadamu dengan membawa bekas yang berisi lauk-pauk dan makanan. Apabila dia datang kepadamu, maka sampaikanlah salam daripada Tuhannya dan daripadaku kepadanya."

Apabila Khadijah radhiyallahu 'anha datang, Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam menyampaikan salam tersebut kepadanya. Lalu Sayyidah Khadijah radhiyallahu 'anha menjawab (yang bermaksud): "Allah adalah al-Salam (Maha Memberi Kesejahteraan) dan daripadaNyalah jua kesejahteraan, semoga kesejahteraan sentiasa dilimpahkan kepada Jibril juga."

[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]

"Sayyidatuna Khadijah al Kubra radhiyallahu 'anha adalah wanita unik yang sepatutnya diletakkan namanya di barisan hadapan dalam senarai Srikandi Islam. Tanpanya dan tanpa pengorbanan jiwa dan raga wanita contoh sepertinya, kemungkinan kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam sepertimana yang kita kecapi pada hari ini." - Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki

Kepada seluruh umat Islam di bumi Kenyalang, khususnya muslimat, anda dijemput menghadiri program yang julung kali diadakan ini; Seminar Memperingati Ketokohan Sayyidah Khadijah al-Kubro.





Turut menampilkan Habib 'Ali Zainal Abidin al-Hamid.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi saudari Shamsiah Mahli di talian 019-8212606.