Sunday, 9 January 2011

Simbolik menara As-Sofa

Sumber: http://adf.ly/1AbhE




MENARA As Sofa bakal menjadi mercu tanda Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila ia siap dibina kelak.
ALUNAN irama merdu qasidah yang memuji Rasulullah S.A.W berselang-seli dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang diperdengarkan kepada khalayak oleh sekumpulan anak muda.
Kelihatan seragam dengan jubah berona coklat muda dan ketayap putih di kepala, persembahan yang ditampilkan kumpulan qasidah itu mampu mengajak hadirin yang hadir menginsafi diri dan mengenang kisah pengorbanan seorang manusia agung yang tersebar ke seluruh pelosok alam.
Bukan sahaja terharu, bahkan ramai yang mengalirkan air mata apabila nama Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W disebut-sebut dalam bait-bait syair Arab yang dikumandangkan kumpulan berkenaan.
Situasi berkenaan merupakan salah satu aktiviti yang mengisi ruang sempena berlangsungnya majlis pecah tanah pembinaan Menara As Sofa di kawasan emas, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Idea pembinaan menara tersebut dicetuskan oleh Penasihat Yayasan Sofa, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki dalam usaha untuk mengukuhkan martabat Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini.
Beliau yang turut memegang beberapa portfolio penting dalam kerajaan Negeri Sembilan seperti pengerusi akidah, ahli Majlis Agama Islam dan Ahli Majlis Fatwa Negeri memberitahu acara tersebut menyaksikan satu tanda aras baru dalam usaha dakwah yang digerakkan oleh Yayasan Sofa.
“Sesungguhnya dakwah dan risalah Islam harus dirasai impaknya oleh seluruh peringkat masyarakat terutama di pusat-pusat kehidupan umat.
“Sehubungan itu, adalah tidak wajar jika dakwah Islamiyyah hanya menjadi fenomena pinggiran dan ditandai dengan imej dhaif dan mundur. Sebaliknya, gerakan dakwah harus tampil dengan wajah yang dinamik, segar dan meyakinkan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Tambah beliau, bagi merealisasi hasrat itu, segala prasarana, infrastruktur dan keperluan dakwah ASWJ perlu dipastikan berada pada tahap terbaik dan terkini seiring dengan realiti zaman dan medan dakwah yang dihadapi.
MAJLIS Pecah Tanah Menara As Sofa turut menarik minat penduduk Kampung Baru untuk sama-sama hadir memberi sokongan.
Institusi pendidikan
“Dengan semangat tersebut kita berharap agar pembinaan Menara As Sofa ini akan mampu menempatkan usaha dakwah kami pada tahap yang lebih efektif bagi memenangi hati khalayak,” ujarnya sambil melahirkan harapan agar menara itu menjadi mercu tanda yang dapat diimarahkan oleh semua pencinta ASWJ.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad menjelaskan, apabila siap kelak mereka akan menempatkan beberapa institusi dakwah dan pendidikan yang bernaung di bawah yayasan berkenaan.
“Di samping itu, pembinaan menara setinggi 19 tingkat ini akan turut dilengkapi dengan pelbagai prasarana moden dan canggih demi memastikan kemajuan sahsiah, perkembangan ilmu Islam dan dakwah hakiki dapat dicapai kelak,” kata Yusri yang merupakan Pensyarah Kuliyah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pada majlis itu juga turut diadakan pameran berkaitan sejarah awal penubuhan Yayasan Sofa dan perkembangan dakwah mereka sama ada di dalam mahu pun di luar negara.
Tidak ketinggalan, acara yang berlangsung pada malam 15 Muharam 1543H itu turut diisi dengan majlis pelancaran Kitab Tafsir Surah Al-Ikhlas karangan Sheikh Muhammad Fuad sendiri yang kemudian dihadiahkan kepada lebih 2,000 tetamu yang hadir.

Saturday, 8 January 2011

Program: MEMBANTERAS GERAKAN PLURALISME AGAMA DAN PEMURTADAN UMMAH

WACANA ISU-ISU SEMASA AQIDAH: PLURALISME AGAMA
MEMBANTERAS
GERAKAN PLURALISME AGAMA  DAN
PEMURTADAN UMMAH

Tarikh
15 Januari 2011 – 10 Safar 2011 Sabtu
7.30 Pagi - 5.30 Petang

Tempat:
Dewan Sultan MizanUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)
21300 Kuala Terengganu

Anjuran bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Yayasan Taqwa (MAIWP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

*************************
Semua Dijemput
Pendaftaran Adalah Percuma
*************************
Untuk maklumat lanjut sila lungsuri blog:   http://muafakatmalaysia.wordpress.com/
Atau telefon  019-3199-788 (Karim) atau 0163956497 (Wan Burhan)

Untuk pendaftaran dan pengesahan kehadiran:
sila hantar SMS ke 019-3199-788 atau 016-395-6497  - taip:
DAFTAR PLURALISME – [NAMA PENUH] [NO. KP] [NO. TEL]
Jika lebih dari seorang sila selangi dengan tanda ”/”
untuk setiap nama dan maklumat.
Atau emel ke muafakat_malaysia@yahoo.com

********************************
Aturcara Majlis*
07.30 pagi  Pendaftaran /Sarapan
08.20 pagi  Bacaan al-Qur`an
08.40 pagi  Perasmian
09.00 pagi  Ucaputama 
09.30 pagi  Pembentangan I
10.30 pagi  Kudapan
11.00 pagi  Pembentangan II dan Pembentangan III
01.15 t/hari  Solat dan Makantengahhari
02.30 ptg  Pembentangan IV dan Pembentangan V
  Resolusi dan Penutupan
05.30 ptg   Kudapan dan Solat
  * Tertakluk kepada perubahan

Para penceramah:

Dr. Anis Malik Thoha (UIAM)
Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (ISTAC)
Dr. Syamsuddin Arif (UIAM)
Ustaz Mohd Aizam b.Masod (JAKIM)
Dr Ahmad Bazli bin Shafie (IQT)

Tajuk-tajuk pembentangan:

Meneliti Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama
Pluralisme Agama: Suatu Pengamatan Mengenai Isu-Isu Penting Yang Berkaitan Dengannya
Pluralisme di Indonesia: Faham dan Amalan
Faham Pluralisme Agama Dan Percanggahannya Dengan ‘Aqidah Dan Syari‘ah Islamiyyah
Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Analisis Awal

Open Your Eyes


Subhanallah! Allah will give us not what we want, but what Allah has determined for us; which is what is best for us. And usually, it will come at the time when we least expect it, in a way that we have not foreseen. Isn't that the greatest way to give a gift? That fact - my dear brothers and sisters - is a sign of the Greatness of God!