Ke Mana Selepas SPM 2011?

Peperiksaan SPM 2011 telahpun selesai dan kini masing-masing sedang dalam pencarian tempat untuk melanjutkan pelajaran. Bagi yang masih mencari, ataupun bagi yang sudahpun menjumpai tempatnya, saya sarankan kalian menyertai sebuah program pengukuhan ilmu kelolaan Kolej Islam As-Sofa yang diberi nama Kursus Miftah Al-Ilmi.

Kursus ini adalah merupakan sebuah program persediaan selama empat bulan (bermula Januari 2012) yang bertujuan untuk memberikan pengukuhan terhadap ilmu-ilmu asas yang sangat penting yang akan menjadi bekalan yang sangat berguna ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Kursus ini sesuai untuk para pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang agama (diploma) di Kolej Islam As-Sofa tetapi tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama, atau untuk para pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT dan ingin memperkukuh asas-asas ilmu agama.

Apakah keistimewaan program ini?

  • Dikelolakan oleh Kolej Islam As-Sofa di bawah Yayasan Sofa yang mempunyai jaringan erat dengan para ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah dari seluruh pelusuk dunia Islam.
  • Para pelajar akan berpeluang untuk bertemu dengan para ulama' dari pelbagai tempat di dunia Islam.
  • Menggabungkan sistem pengajian pondok (tradisi) dan moden.
  • Pengajian ilmu secara bersanad.
  • Pensyarah Bahasa Arab dijemput khas dari Luar Negara (Mesir).
  • Kemudahan disediakan dan tempat belajar yang amat selesa.
  • Bilik kuliah berhawa dingin beserta kemudahan audio-visual.
  • Pendidik yang berpengalaman dan mempunyai ijazah dalam bidang yang diajar.
Apakah yang akan diajar?
  • Bahasa Arab (Asas dan Komunikasi)
  • Ilmu Al-Qur'an (Tajwid, Ulum al-Qur'an, Bacaan dan Hafazan)
  • Ilmu Hadith (Syarahan, Praktikal dan Hafazan)
  • Aqidah dan Akhlak (Syarahan dan Praktikal)
  • Fiqh (Asas, Kaedah, Usul, Syarahan dan Praktikal)
  • Kemahiran Teknologi Maklumat (Syarahan dan Praktikal)
Pengalaman-pengalaman lain yang akan diperolehi:
  • Program Smart Camp di tempat terpilih
  • Latihan Pengucapan Awam, Kepimpinan dan Keterampilan
  • Pengalaman dalam pengurusan acara
  • Mendampingi ulama dengan lebih dekat
  • Sukan dan berpersatuan
Tunggu apa lagi? Penuhilah waktu anda dengan bermanfaat!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Yayasan Sofa di sini,
atau hubungi: 019-9040669, 010-4001019, atau 03-42664408.
Previous
Next Post »