Entri ini mungkin sedikit terlewat; tetapi ada beberapa hal yang menyebabkan blog ini terpaksa 'bersawang' seketika. Apapun disebabkan kepentingan isu pluralisme agama ini, rasanya kertas kerja yang sangat ringkas berkenaan dengan hal pluralisme agama ini perlu saya kongsikan juga bersama semua. Kertas kerja ini - dan juga laporan akhbar dalam Utusan Malaysia yang memetik pembentangan Dr. Yusri ini (walaupun dengan olahan istilah yang tidak disebut oleh Dr. Yusri - typically irresponsible of our newspapers) - telah mengundang respon-respon yang emosional daripada rakan-rakan di dalam jemaah / gerakan Islam. Saya merasakan kertas kerja ini cukup baik untuk kita memahami (secara mudah) isu pluralisme agama sebagai satu ancaman kepada pemikiran umat Islam masa kini. Ada yang menuduh Dr. Yusri sebagai penyebar fitnah dengan kertas kerja ini; tetapi saya secara peribadi berpandangan bahawa apa yang disebut di dalam kertas kerja ini adalah pendedahan yang cukup penting (dengan mengambil kira suasana semasa) dan dibuat berdasarkan hujah dan dalil. Apa yang menyedihkan adalah begitu banyak respon-respon yang emosional terhadap kertas kerja ini yang datangnya daripada rakan-rakan di dalam jemaah/gerakan Islam, tetapi hampir tidak kedapatan di kalangan mereka yang menghujah-balas dengan hujahan yang ilmiah.
Ancaman pluralisme agama ini sangat penting untuk kita awasi, lebih-lebih lagi mutakhir ini. Sudah semakin kedapatan di kalangan para pemimpin politik di negara ini - baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang - yang sudah mula 'mencairkan' prinsip-prinsip agama atas nama "1Malaysia", atas nama "keharmonian agama", atas nama "menghormati kepelbagaian", dan sebagainya. Di negeri saya sendiri - Sarawak - fahaman ini nampaknya sudah semakin hendak melebar. Semoga kertas kerja ini boleh menjadi satu peringatan yang penting untuk kita semua.
Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia:
Satu Tinjauan Awal
Oleh:
Dr. Yusri bin Mohamad
BismiLlahirrahmanirahim, AlhamduliLlahi Rabbil `Alamin wa bihi Nasta`in, Wassolatu wassalamu `ala Sayyidina wa Habibina Muhammadinilamin wa `ala Aalihi wa Sohbihi Ajma`in.
Muqaddimah, Definisi dan Premis Asas