Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki Siri Ke-2

Pada 12 Syawal 1429H bersamaan dengan 12 Oktober 2008M tahun lepas, sebuah wacana khas untuk memperkenalkan dan menghargai pemikiran Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki telah berjaya dilangsungkan bertempat di Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menginsafi bahawa keluasan ufuk pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki perlu diteroka dengan lebih lanjut dan berterusan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan bersama dengan Yayasan Al-Bukhari, berazam untuk meneruskan siri Wacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dengan menganjurkan siri ke-2 Wacana Pemikiran Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dengan kali ini menumpukan kepada pemikiran dan Manhaj Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dalam aspek Aqidah.

Dengan penuh takzimnya, dijemput semua muslimin dan muslimat menghadirkan diri.

Previous
Next Post »