Lembaran Baru - Undangan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Maha Suci Allah yang memiliki 'Arasy yang agung. Maha Suci Allah yang Maha Kuasa. Maha Suci Allah yang Maha Kaya. Tiada Tuhan melainkan Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam. Dengan keberkatan dan kasih sayang baginda yang tidak tertanding, umat baginda mendapat limpahan kebaikan daripada Allah Subhanahu wa ta'ala.

Tarikh 7 Ogos 2009 (07-08-09) bersamaan 16 Sya'ban 1430H bakal menandakan bermulanya lembaran yang baru dalam kehidupan dua insan. Bersempena dengan hari bahagia itu, saya dengan penuh kerendahan hati ingin mengundang tuan-tuan dan puan-puan, para pembaca blog saya sekalian, ke Walimatul Urus ataupun majlis sambutan perkahwinan saya - ABDUL MUNTAQIM BIN ZULKIPLI1 - dan permata hati saya - NOOR ADIBAH BINTI OTHMAN2 - pada 8 Ogos 2009 bersamaan 17 Sya'ban 1430H bertempat di rumah pengantin perempuan yang beralamat di No. 5, Jalan Setia 3, Taman Setia Rawang, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Majlis akan bermula pada jam 12 tengahari.

Mohon doa juga daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian agar urusan kami dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala. Sesungguhnya, tiada pembantu yang lebih baik melainkan Allah, dan tiada tempat bergantung yang lebih baik melainkan Allah Subhanahu wa ta'ala.

Insya'Allah, peta ke rumah pengantin perempuan tersebut akan saya sertakan di sini dalam masa beberapa hari lagi. Buat rakan dan teman di Sarawak, majlis sambutan perkahwinan saya akan turut diadakan di sana pada tarikh yang akan saya maklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.


1  Abdul Muntaqim Bin Zulkipli berasal daripada Kuching, Sarawak. Lahir pada 17 April 1982. Merupakan pelajar tahun akhir Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dalam jurusan Teknologi Maklumat.
2  Noor Adibah Binti Othman berasal daripada Rawang, Selangor. Lahir pada 22 Januari 1989. Merupakan pelajar tahun satu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Pendidikan (TESL).

Previous
Next Post »

13 comments

Click here for comments
Na'ilah
admin
2:02 pm ×

salam... tahniah...

akhi naim...sy mcm knl..maybe melalui i luv islam..sy rse kat freindlist ym sy pun awk ade.. x sngka awk akan membina baitu muslim ngan kwn sy.. =)

nti kim slm kat adibah...adibah tu kwn sekolah sy.. =) tahniah again..

selamat pengantin baru..

Reply
avatar
Anonymous
admin
3:16 pm ×

bestnye,...hehe semoga bahagia..

Reply
avatar
Putsura
admin
5:20 pm ×

Salam..patut la die wat entri bait al-muslim di bawah...hihi

Reply
avatar
Suluh Hati
admin
5:51 pm ×

Mabruk syeikh...moga kekal bahagia hingga syurga..sama berganding menuju cinta-Nya, saling menguatkan menegakkan agama-Nya, seiring membina baitul muslim yang diredhai-Nya...

Sori sikpat datang..:...nunggu majlis di Kuching.

Reply
avatar
8:16 pm ×

Tahniah, mabruk abg naim:)! semoga selamat semuanya nanti ye. Selamat menjadi pengantin baru..x lama dah 7 ogos tu. jihan tgk dari jauh je lah. nnt letak gambar kawin kat blog ye.hihihi :)

Semoga Allah memberkati majlis abg naim & adibah. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Amin ~

Reply
avatar
2:34 pm ×

Tahniah, bang Naim, semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat

Reply
avatar
Anonymous
admin
4:57 pm ×

yep..congrat!!may it will be 1st & the last..no 2nd, 3rd or 4th..huhuhehe :p jgn mare..

Reply
avatar
neem
admin
12:28 am ×

wah33..~~ tahniah3!!!

Reply
avatar
izuqila
admin
3:13 am ×

Tahniah abg naim...
Most welkam to de club!=)

Reply
avatar
Anonymous
admin
3:35 pm ×

Assalammualaikum...
TAHNIAH BUAT KAK DIEB N ABANG NAIM..
semoga Allah merahmati kamu berdua DUNIA n AKHIRAT..

adik-adik,
ex-dorm d26
dorm e29
Wassalam....

Reply
avatar
Anonymous
admin
3:35 pm ×

Assalammualaikum...
TAHNIAH BUAT KAK DIEB N ABANG NAIM..
semoga Allah merahmati kamu berdua DUNIA n AKHIRAT..

adik-adik,
ex-dorm d26
dorm e29
Wassalam....

Reply
avatar
noorazlann
admin
11:32 pm ×

sy ucpkn slmt pgntn br
kkl abadi buat slamanya
bbhgialh suri ddlm rmhtgga
ksh yg brsemi mula mkr brbga

ikhlas drku

Reply
avatar
diazdavinci
admin
10:36 am ×

salam..tahniah... May ALLAH bless both of u x)

Reply
avatar