Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009

Program Perkampungan Menara Gading (PMG) Kebangsaan kembali lagi untuk tahun 2009. Program PMG ini adalah merupakan program tradisi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan melatih para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti, agar mereka lebih bersedia dari segala aspek untuk menghadapi kehidupan alam universiti yang penuh cabaran yang sudah tentu cukup berbeza daripada alam persekolahan yang mereka alami sebelum ini.

Program PMG ini adalah program yang penting dan signifikan buat para pelajar yang akan atau baru sahaja melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini demikian kerana seandainya para pelajar tidak dilengkapi dengan kerangka berfikir yang betul, berdasarkan pandangan alam Islam yang jelas dan luas, maka mereka pasti akan terkesima (walaupun tanpa disedari) dengan pelbagai budaya dan pemikiran yang melatari dunia universiti. Maka, seseorang pelajar itu ketika itu pasti tercari-cari identiti, mungkin cenderung untuk memilih budaya atau pemikiran yang tidak betul. Hal inilah yang menjadi antara penyebab kepada menularnya beberapa permasalahan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti pada hari ini.

Di dalam program PMG, selalunya para peserta akan didedahkan dengan beberapa pemahaman serta beberapa persiapan yang penting untuk mengoptimumkan kehidupan di universiti. Dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala, pendedahan serta perkongsian yang diperolehi semasa program PMG akan dapat membantu seseorang mahasiswa atau mahasiswa itu untuk menjadi lebih cemerlang; bukan semata-mata dalam aspek akademik, tetapi yang lebih penting lebih cemerlang sebagai seorang manusia.

Saya sendiri merupakan bekas peserta PMG pada tahun 1999. Saya berada di tingkatan 5 pada waktu itu. Ini gambar ahli kumpulan saya pada ketika itu bersama dengan fasilitator kumpulan kami, Kak Hafizah (kalau tak silap lah!).

Setiap kali mendengar lagu Menara Gading pasti teringat kenangan lama:

Kita bertemu di hari ini
Di Perkampungan Menara Gading
Kita menjadi saksi
Berhimpunnya anak-anak negeri

Membawa bersama harapan ibu bapa
Mencari secebis ilmu
Buat bekalan di dada
Dalam mencari keredhaan-Nya

Kita 'kan bertemu lagi
'Tika melangkah ke menara gading
Pertemuan pertama kali
Berteraskan keimanan, membuah persaudaraan
Itulah ikatan hati

Kita bersama tempuhi segala halangan
Berbekal iman dan tarbiyah
Beserta sedikit ilmu dan pengalaman
Dan berkat doa ibu dan bapa

Sahabat...
Kita bersama membawa harapan dan cita-cita
Menjadi insan yang bertaqwa

Menara...
Menjadi titik bermula
Ukhuwwah sesama kita
Untuk berbakti pada semua

Kerana Cinta pada yang Esa
Kerana ukhuwwah kita bersama

Selamat maju jaya buat bakal peserta PMGK 2009!

[ Layari Blog Rasmi PMGK 2009 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut ]

Previous
Next Post »

7 comments

Click here for comments
Suluh Hati
admin
11:41 pm ×

Di PMG lah ku kenali perjuangan...

Reply
avatar
Anonymous
admin
12:08 pm ×

salam...
sy prnh menyertai PMG 2005...
cuma ingin bertanya,kenapa PMG x asingkan peserta lelaki dan perempuan?sbb ada jgk peserta yg mmulakan bibit2 cinta slps program ini,lgpun kbykan peserta msh bdrh muda,spttnya pihak penganjur yg menjaga permasalahan ini...
sekadar pendapat...

Reply
avatar
auntie am
admin
2:14 pm ×

Salam...di sini pula ada satu program persediaan untuk ke IPT (atau alam dewasa) tapi antara modul nya:
Pakaian bagi pelbagai majlis
Etiket Dlm Pelbagai Situasi
Tertib di Meja makan (amali nya ikut aturan meja makan org Barat!)
Pemakaian Anugerah darjah kebesaran
Persiapan aturcara nikah kahwin..
dan banyak lagi....tertanya pulak dalam hati, nak masuk IPT n melangkah alam dewasa apa penting dan relevant semua tu!

Semoga program seperti PMG dan yang bersifat Islami kita teruskan bersama, insya'Allah!

Reply
avatar
Udak
admin
2:17 pm ×

You are right, ya kak Hafizah, anak cikgu Dahlan! Hafizah mengajar kraft untuk kamek orang, expert molah jam tangan kristal...patut pun nya kata macam kenal dgn kitak orang bila melihat gambar2 dlm program BPP n jumpa Shamsiah di BPP!

Reply
avatar
Anonymous
admin
1:04 am ×

Salam,

Ana pun berminat maok join.....tapi ana baruk abis degree.....nak grad agi........

Time abis STPM dolok agi jahil tentang kepentingan IPT

p/s: Saudara ada sik kursus semacam tok pakey miak abis study?

Reply
avatar
Akhie Naim
admin
1:09 am ×

salam...

kepada yang menghantar komen;
kalau mengharapkan maklumbalas, janganlah menggunakan nama yang "Anonymous". paling tidak pun, sertakan nama dan email.

It's only logic.

Reply
avatar
neem
admin
7:18 pm ×

salam..

uik. neem x leh join laa..waahh

Reply
avatar