Selamatkan Bahasa Melayu

Anda cinta Bahasa Melayu? Ayuh, bersama-sama kita menjayakan agenda untuk menyelamatkan Bahasa Melayu daripada terpinggir. Sudah banyak bukti dan pandangan para ilmuan, intelektual dan malah kajian-kajian yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu harus kita pertahankan sebagai bahasa pengantar utama, termasuklah dalam pelajaran Sains dan Matematik. Ingatlah: Bahasa Jiwa Bangsa. Tanpa bahasa, pupuslah bangsa. Pupusnya bangsa Melayu di bumi ini, maka cacatlah juga penghayatan Islam di negara ini, yang sudah sejak sekian lama terbina dalam budaya orang Melayu. Bahasa Melayu itu bahasa yang kaya, lebih kaya daripada Bahasa Inggeris.

Kalau anda sayangkan bangsa ini, bahasa ini, masa depan umat ini, layari laman di bawah dan turunkan 'tandatangan elektronik' anda:

http://www.petitiononline.com/mod_perl/petition-sign.cgi?ppsmi08
Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
Anonymous
admin
1:55 am ×

Saya maok subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Iban.......

Reply
avatar
puteri revolusi
admin
10:43 pm ×

memang pada objektifnya, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris amat baik. tetapi mungkin kontra pada cadangan tersebut melebihi pronya. kita bayangkan satu situasi,penguasaan bahasa inggeris generasi muda meningkat, namun budaya penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan akan bertambah, dan melenyapkan bahasa ibunda. kita dapat melahirkan generasi yang boleh menguasai bahasa perantaraan internasional, namun kita akan melenyapkan semangat patriotisme. memetik kata-kata tun perak 'apalah gunanya berilmu, jika tidak cinta akan bangsa dan agama'.

berhubung dengan artikel saya tentang kecenderungan penjenayah tersebut, kecenderungan yang dimaksudkan adalah kecenderungan dalam diri yang dibina dan dipupuk sama ada melalui faktor persekitaran mahupun faktor2 lain.bukan bermakna manusia secara batiniah dcipta tidak baik. jika begitu, kita tidak payahla berusaha untuk jadi baik atau jahat, jika tuhan menentukannya sejak kelahiran lagi bukan? mungkin kelemahan saya dalam mengolah penulisan masih mentah, menjadikan maksudnya kurang jelas. terima kasih atas tunjuk ajar. semoga perkongsian ilmu kita dapat menajamkan lagi minda, InsyaAllah.

Reply
avatar
Anonymous
admin
11:06 am ×

why bahasa melayu? why not arab? Tidak kesemua Muslim faham Bahasa Arab walaupun dalam Al-Quran.

Reply
avatar
jazrul
admin
4:26 pm ×

saya mahu macam dulu balik lagi best

Travelling Exhibit

Reply
avatar