AKHLAK DAN ADAB PELAJAR PERLU DIBERI PENEKANAN UTAMA

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kita disajikan dengan laporan beberapa insiden salah laku akhlak, yang sampai ke tahap jenayah, yang berlaku di kalangan pelajar sekolah di dalam kawasan sekolah itu sendiri. Terbaru, dilaporkan sekitar 15 hingga 20 orang pelajar lelaki sebuah sekolah di utara negara terbabit dalam insiden pergaduhan. Sedihnya, kes tersebut berlaku tidak sampai seminggu selepas kes pelajar menendang gurunya sendiri di sekolah yang sama.

Kejadian-kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku di negara ini. Malah, negara juga pernah digemparkan dengan insiden ‘bunuh’ yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah agama di negara ini. Seharusnya, insiden-insiden salah laku akhlak yang banyak berlaku di kalangan para pelajar sekolah di negara ini diberikan perhatian yang serius dan utama. Biarpun mungkin statistik yang ada menunjukkan bahawa kes-kes salah laku akhlak adalah minoriti, tetapi realiti sebenarnya adalah banyak lagi kes-kes kerosakan moral pelajar sekolah yang tidak dikesan atau tidak dilaporkan. Bagi sesiapa yang sering turun padang untuk berjumpa dengan para pelajar sekolah pasti mengetahui realiti ini.

Dengan realiti tersebut, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak untuk sistem pendidikan kita di negara ini meletakkan pembentukan akhlak dan peribadi yang baik itu sebagai keutamaan. Apa yang dapat diperhatikan pada hari ini adalah kita terlalu memberikan penekanan kepada proses pembentukan warganegara yang baik (good citizen) dan bukannya kepada pembentukan manusia yang baik (good man). Kita meletakkan pembelajaran ilmu-ilmu alat seperti matematik dan sains pada kedudukan yang sama rata, jika tidak lebih tinggi, dengan ilmu-ilmu fundamental seperti agama dan pengajian moral.

Tidak dinafikan bahawa sebagai sebuah negara membangun, kita perlu melahirkan ramai tenaga kerja yang mahir dan berketrampilan untuk mendokong dan menguruskan proses pembangunan. Namun, apalah ertinya pembangunan infrastruktur dan material jika tidak diiringi secara seimbang dan adil dengan pembangunan manusia yang berkualiti? Manusia yang berkualiti, sudah tentu, tidak hanya punya kemahiran dan pengetahuan untuk mengurus segala sistem yang ada di persekitarannya, tetapi yang lebih penting daripada itu adalah punya kemahiran untuk mengurus dirinya sendiri serta mengurus hubungannya dengan orang lain.

Dalam hal ini, soal adab dan akhlak yang baik haruslah diletakkan sebagai matlamat utama pendidikan negara. Pendidikan asas agama, faham nilai dan pemupukan akhlak mesti diberikan penekanan yang lebih tinggi berbanding pembelajaran ilmu-ilmu yang lain. Proses membentuk negara yang sejahtera, semestinya harus bermula dengan pembentukan manusia yang baik dan berkualiti, kemudian barulah pembentukan persekitaran dan infrstruktur yang baik. Bersama-samalah kita mencontohi bagaimana Rasulullah s.a.w. mengasaskan kerajaan Madinah al-Munawwarah, serta seterusnya mencetuskan perkembangan tamadun Islam yang merupakan tamadun terbesar dalam sejarah dunia, di mana baginda meletakkan kefahaman agama itu sebagai asas dalam mendidik umatnya.

ABDUL MUNTAQIM BIN ZULKIPLI
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),

Sesi 2008/2009.

[ Disiarkan dalam Berita Harian, Rabu, 22 Oktober 2008 ]
Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
Nadhirah
admin
2:28 pm ×

masa interview KPLI buLan Lepas, saya ditanya tentang sbb utama nak jadi cikgu. soaLan puLak ditanya daLam BI. saya kata:
"humanizing the human"

memanusiakan manusia. hakikatnya, dia mmg seorang manusia. tapi adakah perangainya meLambangkan yg dia tu manusia ataupun binatang? binatang ada otak. manusia pun ada otak. tapi manusia dibezakan dengan akaL. ramai manusia skrgni tak pandai menggunakan akaL.

faktor yg membawa pada menuLarnya perkara macamni ada banyak. tapi ini mengikut pandangan saya sendiri. takda buat kajian tapi meLaLui pemerhatian.

1) Peribadi cikgu. budak2 sekoLah rendah & menengah habiskan masa membesar mereka di sekoLah. secara tak Langsung, dorang perhatikan & banyak beLajar daripada cikgu2. ada yg nak jadi mcm cikgu tu, ada yg syg kat cikgu ni.. sedar tak sedar, Lepas habis waktu persekoLahan, cikgu perempuan pakai sLeeveLess & seLuar pendek pastu pegang tgn kuar ngan kekasih. (saya tau sbb sy ada ramai kawan cikgu yg akhLak macamtu) masa ni budak2 perhatikan & anggap benda tu perkara biasa. ada jugak cikgu Laki yg kaki pukuL. isap rokok. rempit. ADA. saya tau sbb sy sebaya dengan mereka.

2) Peranan akhbar (sensasi vs informasi). dekat Malaysia ni BANYAK akhbar yang report berita sensasi bukan berita informasi. remaja suka apa? mestiLah yg sensasi. bomoh rogoL isteri org, Laki meLancap ngan kambeng, tikam tmn wanita sbb cinta tak dibaLas. benda2 ni sepatutnya TIDAK disensasikan. ia akan meLekat di kepaLa pembaca & muLa terbayang macam2. biLa kekasih minta putus, muLaLa fikir cara mudah: bunuh. mana dia tau cara ni? sbb dah berpuLuh2 artikeL dia baca buat benda yg sama. faham2 sajaLah... biLa hati dah sakit, akaL tak waras. apa yg meLekat kat kepaLa, ituLa yg dia buat.

samaLah macam kes pukuL cikgu & kes bergaduh ni. TERLALU DISENSASIKAN dan ADA ROLE MODEL. benda2 yang 'senang' macamni mmg syaitan suka. saya cadangkan supaya kurangkan sebarkan berita2 sensasi ni.. kat Mesir contohya, daLam akhbar dorg takde meLaporkan kes2 bunuh, kes rogoL, kes curi (kaLau kat Malaysia, kes curi ni siap bgtau cara-cara pencuri tu mencuri Lagi), kes samun, kes gaduh & mcm2 Lagi. semua berita ni dorang kumpuLkan & masukkan daLam satu akhbar yang tak popuLar & diterbitkan sebuLan sekaLi. hmm..

ini pendapat saya saja.

jgn puLak cikgu2 baru ni unciviLize the civiLized. ahaha banyak term daLam kepaLa saya ni.

Reply
avatar
jauharee
admin
7:12 pm ×

sometime terfikir, penekanan oleh sape?which one should be more?parents?teachers?neighbours? pemimpin negara? bila dah jadi masalah masyarakat,tak tahu sape nk dibetulkan...erm a lot of issue kan..?

humanizing the human...nice word!!

feel free to visit. http://ummiroses.blogspot.com

Reply
avatar
4:24 pm ×

dalam menuntut ilmu...akhlak dan perwatakan memg perlu dititik berat kan. tetapi masa kini, adab dan akhlak yg perlu dberi penekanan seperti sudah dilupakan.

kadangkala, ini terjadi berikutan dgn sikap pendidik itu sendiri. sbg cntoh, kehidupan di u niversiti. contohnya, pensyarah.

kebanyakan pensyarah skrg adalah pensyarah muda, memg bagus tapi masih ada kekurangan dan perlu diatasi dgn cepat agar masalah perilaku para pelajar dapat diatasi.ak ada nilainya. contohnya, penat2 pelajar menyiapkan assignment, lepas dihantar ada pensyarah yang cakap assignment tu reject, buka tak sampai 10minit, alih2 reject asignment. tak ke haru tuuu..

ktu baru sedikit situasi yang saya lampirkan, jadi dalam soal akhlak...permasalahannya bukan wujud dikalangan pelajar sahaja, malahan pihak tertentu perlulah memandang serius tentang pendidik yang dipilih untuk mendidik pelajar agar bakal pelajar yang dilahirkan berkualiti, seterusnya mampu memikul tanggungjawab untuk mencorakkan situasi masa hadapan..

wassalam..

bukan apa, lihatlah sesi pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. kadangkala ada pensyarah yang suka membatalkan kelas tanpa memberi alasan yang kukuh kepada pelajar. terdapat jga pensyarah yang mengaggap tugasan itu tid

Reply
avatar
Akhie Naim
admin
4:49 pm ×

salam'alaik.

terima kasih kepada saudari norliza di atas pandangan yang diberikan. walau bagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan contoh yang diberikan. pada saya, contoh berkenaan dgn hubungan pensyarah - pelajar itu, telah dilihat oleh saudari norliza dari perspektif yang kurang tepat.

tindakan seorang pensyarah untuk tidak menerima (reject) tugasan yang telah disiapkan oleh seseorang pelajar boleh menjadi perkara yang sebenarnya beradab. sudah tentu dalam hal ini kita melihat mengikut kes. tindakan pensyarah menolak tugasan pelajar adalah perkara yang betul untuk dilakukan, seandainya tugasan yang dibuat itu tidak memenuhi piawaian dan kualiti yang dikehendaki.

dalam hal ini saya cukup sedih dengan sikap kebanyakan mahasiswa/i kita pada hari ini yang melihat proses pembelajaran di universiti itu tidak lebih daripada satu proses untuk mengejar segulung kertas yang bernama 'ijazah'. seharusnya, yang lebih utama adalah proses pemerolehan ilmu itu sendiri. nah, bagi seorang pelajar yang benar-benar punya budaya ilmu, sudah tentu tugasan itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. dan, yang saya maksudkan dengan bersungguh-sungguh di sini bukanlah sekadar bersungguh-sungguh 'menyiapkan', tetapi bersungguh-sungguh memastikan tugasan itu disiapkan dengan cara yang paling berkualiti, dengan isi yang mantap hasil rujukan dan kajian yang terperinci.

nah, apabila pada pandangan seorang pensyarah itu tugasan yang dilakukan itu 'tidak mencapai tahap piawaian' yang sepatutnya, maka memang layaklah pensyarah itu menolak tugasan tersebut. dan, pelajar yang memarahi, mengutuk dan mengeji pensyarahnya semata-mata kerana hal itu, maka pada saya pelajar itulah yang sebenarnya kurang adab.

walaupun, dalam masa yang sama, saya juga tidak menafikan memang terdapat di kalangan pensyarah muda yang melakukan sesuatu tindakan itu dengan sesuka hati mereka - tanpa alasan yang konkrit - hanya kerana ingin menunjukkan 'autoriti' mereka sebagai seorang pensyarah. hal seperti ini memang tidak patut.

harus diingat, adalah tidak wajar utk para pelajar itu semata-mata menyalahkan pensyarah dan pendidik (walaupun dalam beberapa kes, memang patut begitu), kerana para pelajar pada hari ini juga banyak kurangnya dalam konteks pembinaan adab dan akhlak.

wallahu'alam.

Reply
avatar