Mahasiswa Islam Sarawak, Tahniah!

Segala lafaz puji dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinan-Nya maka buat julung kalinya (sepanjang pengetahuanku, jika salah mohon diperbetulkan) sebuah kolokium untuk menghimpunkan para mahasiswa Islam Sarawak yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang telah berjaya diadakan. Walaupun bilangan peserta yang hadir ke program pada 9 dan 10 Ogos 2008 itu hanyalah suku daripada bilangan sebenar yang disasarkan, namun pada hematkan program tersebut merupakan satu permulaan yang sangat positif bagi memacu mahasiswa Islam Sarawak ke arah satu perubahan yang baik.

Sedikit sebanyak aku gembira dengan partisipasi aktif daripada mahasiswa dan mahasiswi Islam Sarawak yang menghadiri kolokium tersebut. Hal tersebut menunjukkan bahawa idealisme murni dalam diri mereka itu wujud. Mereka punya sikap kepedulian yang baik terhadap nasib dan masa depan masyarakat di Sarawak. Antara lain tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengumpulkan pandangan anak muda tentang bagaimanakah harus permasalahan dan isu dalam masyarakat Islam Sarawak ditangani, khususnya dalam konteks pendidikan.

Para peserta kolokium tersebut punya potensi yang cukup besar. Syabas dan tahniah aku ucapkan kepada semua yang telah menghadiri dan memberikan partisipasi sepanjang kolokium tersebut. Apa yang penting sekarang ini adalah bagaimana mahasiswa dan mahasiswi Islam Sarawak mempersiapkan diri mereka untuk kembali ke masyarakat di Bumi Kenyalang kelak, agar kehadiran mereka itu tidak sia-sia. Apa yang paling penting, budaya ilmu itu harus diperkasakan di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi Islam Sarawak. Peluang berada di sekitar Lembah Klang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana di sinilah terdapatnya banyak ulama’ dan intelektual yang perlu dipelajari ilmu daripada mereka. Hasil pemerhatian dan pengamatanku selama ini, serta hasil daripada perbincangan sepanjang kolokium, aku mendapati antara permasalahan fundamental bagi masyarakat Islam di Sarawak itu bukanlah kekurangan infrastruktur atau kemudahan fizikal; tetapi yang paling fundamental dan kritikal adalah ketandusan budaya ilmu dalam masyarakat.

Apaun, sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa Islam Sarawak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Salam ukhuwwah buat sahabat dan teman-teman baru yang telah banyak membantu; Adzly, Tini, Ghaiazra, Karim, Zulfadli Fahmy, Dayang, Ila, dan ramai lagi. Semoga Allah merahmati dan meredhai usaha kecil kita ini!

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Anonymous
admin
12:24 pm ×

ghaiazra ya urang sibu ka bang naim?

Reply
avatar
diskopi
admin
2:56 pm ×

kami tengah promosi blog kami. kami budak-budak UKM yang cuber nak jadi kool. walau pon kami cuber nak jadi kool, tapi kami tetap gagal. kami tetap dilabel sebagai poyo.

kalo sudi, jenguklah blog poyo kami di:

http://diskopi.wordpress.com

biar poyo jangan paip*!

paip ialah singkatan daripada pemuda/pemudi anti ilmu pengetahuan (PAIP). hehehe.

blog kami blog trilingual. bm ader, bi pon ader. manglish pon ader!

macam-macam hal yang kami layan tulis. dari perkara serius sampailah kepada perkara sempoi dan santai.

kalo suker dengan blog kami, silalah beritahu kawan-kawan yang lain.

timer kaseh.

Reply
avatar