Program PMGS 2008

Hari ini hari kedua program Perkampungan Menara Gading Sarawak (PMGS) 2008. Tengahari tadi baru sahaja selesai sesi forum bertajuk “Menjejak Peribadi, Mengakar Rohani, Mencetus Inspirasi” di mana aku dan sahabatku, Ustaz Hasfa Bakhry selaku panelisnya. Seramai lebih kurang 69 orang peserta semuanya yang merupakan para pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 daripada pelbagai sekolah di sekitar Kuching menghadiri program ini. Segala puji bagi Allah, sesi forum berjalan dengan agak baik.





Tujuan program PMGS 2008 adalah, antara lain, untuk mempersiapkan para pelajar ini dengan kerangka kefahaman yang betul dengan berasaskan kerangka pandangan hidup Islam yang benar, supaya apabila mereka masuk ke alam pengajian tinggi kelak mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sihat; dan supaya mereka memahami dengan betul peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang mahasiswa Islam. Aku telah berkongsi puisi Taufik Ismail yang tersohor itu, bertajuk ‘Mahasiswa’;

Mahasiswa takut dosen,
Dosen takut dekan,
Dekan takut rektor,
Rektor takut menteri,
Menteri takut Presiden,
Presiden takut Mahasiswa!



Syukur, sesi forum tersebut mendapat respon yang baik daripada para peserta yang bertanyakan begitu banyak soalan. Walaupun begitu, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan aku harapkan PMGS2008 ini akan dapat menjadi pencetus kepada perubahan yang lebih baik di kalangan para pelajar yang hadir pada program ini. Tanggungjawab PERKEPIS dalam melahirkan generasi pelajar Islam yang punya daya intelektualisme, idealisme, aktivisme, serta spiritualisme yang mantap dan bersepadu bukanlah satu tanggungjawab yang boleh dipandang enteng.

Buat teman-teman PERKEPIS, jayakanlah PMGS 2008 dengan sebaiknya. Tugas ‘kita’ yang sebenar akan bermula dengan tamatnya program. Hargailah, dan manfaatkan, jaringan dan perkenalan yang telah terbina kerana bagi para pendakwah, itulah ‘aset’ yang sangat berharga. Jadikanlah budaya ilmu itu sebagai teras dalam gerak kerja organisasi. Banyakkan dan luaskan pembacaan kalian, semoga dapat benar-benar menjadi pemimpin dan peneraju kebangkitan ummah!
Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
9:35 am ×

Bismillahirrahmanirrahim..

Kitalah generasi
yang telah sedar
yang telah melihat
yang telah faham
yang telah terlorong
yang telah melorong..

memandang ke hadapan..
tahu tujuan
impian dan harapan
menuju..
destinasi hakiki..

Rabbana Atina fidduniya hassanah
wa fil akhirati hassanah
wa qina 'azabannar..

Reply
avatar
Miak PMG
admin
5:15 pm ×

Kamus Indeks kitak tebal ehss.....

Reply
avatar
Lya_Arisa
admin
5:22 pm ×

Salam...

Bagusnya program PMG tok... seharusnyapara mahasiswa lebih lantang bersuara daripada terus membisu atau dibisukan..... Semoga perjuangan memartabatkan Islam serta negara diyakan bersama berkatNYA...

Amiin..

Reply
avatar