Si Cilik Nadia




Klip video ini pidato yang disampaikan oleh adik Nadia Mahfuzah, juara bagi rancangan Pemilihan Dai Cilik (PILDACIL) 2006 di Indonesia. Rancangan tersebut adalah sebuah rancangan realiti TV, di mana kanak-kanak akan bertanding sesama sendiri dalam menyampaikan pidato dakwah. Adik Nadia Mahfuzah dilahirkan pada 15 April 1993, bermakna ketika menyertai rancangan PILDACIL itu usianya baru 13 tahun! Lihatlah bagaimana seorang remaja berusia 13 tahun menyampaikan sebuah pidato dakwah yang begitu menusuk ke hati, dengan lisan yang lancar serta bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang begitu merdu.

Saya terfikir, kenapa di Malaysia kita tidak punya rancangan seperti ini? Yang kita ada hanyalah Akademi Fantasia, One In A Million, serta rancangan 'perosak' kanak-kanak seperti Tom Tom Bak. Mungkin kita perlu memikirkan secara serius untuk melakukan 'reformasi' dalam dunia penyiaran negara ini. Mungkin rancangan yang begitu besar manfaatnya seperti PILDACIL ini perlu kita perkenalkan di negara ini. Apa salahnya kita meniru rancangan yang baik daripada negara jiran kita ini? Akademi Fantasia dan One In A Million itu pun memang rancangan peniru! Bagaimana fikir Datuk Ahmad Shabery Cheek? Pasti seronok jika negara kita mampu melahirkan ramai remaja yang mempunyai sosok pendakwah.
Previous
Next Post »

8 comments

Click here for comments
Nadhirah
admin
12:15 am ×

saya jadi turut serta menangis~

rancangan ni dah Lama kan.
tapi sampai skrg beLum ada Lagi rancangan TV yang meniru rancangan ciLdaciL ni.

saya sokong cadangan Bro Naim

Reply
avatar
Anonymous
admin
7:14 pm ×

Sy sokong cadangan akhie

Reply
avatar
ZuLmE
admin
7:56 am ×

Tanpa perlu ragu memang sahih lagi benar apa yang diperkatakan oleh akhie naim. Sungguh banyak rancangan hiburan di kaca televisyen di negara kita, yang mana ia hanya membawa kepada kelalaian, maksiat dan dosa semata-mata. Tiada ilmiahnya, tiada manfaatnya, tiada maknanya menghasilkan program-program sedemikian rupa, melainkan untuk meraih keuntungan wang sahaja. Inikan yang digelar negara ISLAM, yang diterajui oleh pemerintah-pemrintah ISLAM? Contoh yang baik tidak diteladani, kerana nafsu mereka berani, mengaut untung kanan dan kiri, tanpa mengira dosa sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
admin
10:22 am ×

Salam.

memang bagus cadangan abg Naim

Reply
avatar
Anonymous
admin
4:15 pm ×

memang suci sgguh ati budak nie....terkilan saya...saya x mmpu lagi menjadi sprtinya...hati yang bersih dan suci...kecik2 da pandai menangis kerana Yang Maha Esa, Allah SWT....mmg byak manusia yang leka dgan duniawi skrang nie...sungguh susah untk mngubah mereka...saya harap msih ramai lagi di luar sana yang mengerti akan perkara sebegini.....

Reply
avatar
akmar hisham
admin
5:29 pm ×

salam...erm..terharu..jauh beza berbanding keadaan di msia..skrg. Dpt x kita buat sesuatu? erm....wassalam..

Reply
avatar
11:34 am ×

assalamu'alaikum ust Naim ..
Saya Nadia Mahfuzah. Saya udah baca artikel ust. Memangnya di Malaysia tidak ada acara spti PILDACIL atau sejenisnya ?

Reply
avatar
11:40 am ×

assalamu'alaikum ust ...
Saya Nadia Mahfuzah yang jadi bahan artikel ust. Memangnya di Malaysia ga ada acara semcam PILDACIL ?

Reply
avatar